Saturday, March 27, 2010

ipoh trip

salam..

today's the ipoh trip day. hoho. overall, it's not that bad. plus, i got the chance to shop - which is indeed my specialty. hehe. bought a new pair of alain delon.went back to tronoh, with such a great feeling. hey, shopping therapy helps a lot in forgetting all those stressful moments doing the assignment!! haha. most of all, i really enjoyed the time spent with my friends, the new one, the old one, the senior. hoho. alhamdulillah, today's going to end soon. though tired, i'm happy. thanks Allah for all those pleasure.. =)

Friday, March 26, 2010




if and if only stresses are desserts.. think i've brake one of my brain's life wire!!
life's just getting tougher and harder and busier and i've  worn out from  day to day!!




yeap! tests are meant to be the best silent killer!

~ Everything happen for a good reason~
~Allah SWT creates something with a hidden meaning, that every time, only He knows the best~
~Eventually, the ending will always be better than the beginning one~

Thursday, March 25, 2010

baby dumping? what are they? monsters??


past few days, we received a tragic shocking news ; a baby girl found left alone at the backyard of a mall.
and worse, she's left freezing in the cold rain?
what kinda human her parents are? what kinda woman her mother is?
i mean like, she's being pregnant for more or less 9 months.
she literally had an established connection with her baby.
she felt her baby before anyone does.
she spoke with her before anyone can.
don't she has any feeling? didn't she feel bad abandoning her little infant just like that?
i'm speaking on the side of a a grown up girl. i maybe not yet a mother, but through out my life so far,
i learn, i look and i feel how a mother suppose to love her child.
i received an eternal love from a special woman, i called mom.
thinking of the baby's destiny means we are inviting tears.
but, frankly speaking, what can I do?
what can our community do?
i believe the mother will not turn out.
not just her, there's another huge group of meanest mother in this country, alone.
they'll not turn out. unless, Allah SWT will one day, touch their hearts with His willing.
let's pray together. His door of forgiveness is always open for those He had pointed the way, right?

May, my friends and I will be forbidden from all those cruel situation. Nauzubillah.
So, as a woman, a girl or later as a parents, do remember that, we are given not only the greatest gift ever, indeed a huge and heavy responsibilities.
How much you hate your child is how much people will hate you. and how much Allah SWT will hate you is even worse.
and for those who admits they are created as the Adam's companion, do appreciate your dignity.
never put it down nor allow others to do so. we are specially created to expand the number of khalifah in this temporary world.. so, do really appreciate that. please..

salam..

Monday, March 22, 2010

hati yang terulit


hatiku berbunga riang
harum bau bahagia mengulit lembut atmaku
bak seri pagi menghias indah terartak bonda di halaman
kehidupanku yang baru
aku lalui pada denai yang mewangi
bersahut-sahutan semangatku
bersama sahabat-sahabat baru
ya Allah,
semoga indah pelangi persahabatan
yang Kau hadiahkan ini
dapat aku raikan kemeriahannya
terus sampai akhir jalan ilmu ini ku daki
dan terus lagi
sampai malap obor hidupku nanti.
Amin.

tempat pertama milik siapa?


cinta pada siapa di tempat pertama?

pada dia yang menganyam mekar bunga cinta yang sementara

atau pada DIA yang menciptakan kita dengan dakap rahmat-Nya yang tak bertepi
dan memberi kita pinjaman hidup penuh nikmat.

cinta ALLAH  lebih hebat. maka, cintailah DIA dengan sedalam-dalamnya. moga kelak, kita dilimpahkan hangat kasih sayang-Nya di syurga penuh keindahan. 

Amin.

cinta tanpa syarat





apakah kita pernah berfikir jika Allah SWT menetapkan syarat untuk setiap nikmat kurniaan-Nya?

pernahkah kita berfikir jika Allah syaratkan setiap solat kita mesti khusyuk, apakah ada satu solat kita yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?  

sesungguhnya, binasalah kita tanpa rahmat Allah SWT.

dan jika Allah SWT menetapkan supaya kita sentiasa berdamping dengan kedua-dua orang tua kita agar terhindar dari golongan anak yang derhaka, mampukah kita?


sedangkan cinta dan kasih sayang ibu dan bapa kita adalah tidak bersyarat sama sekali.


Ya Allah, nikmat-Mu maha luas. 
Tak tergambar oleh langit dan bumi
Sedangkan dosa-dosaku lagikan berhimpun.
Ya Allah, akulah hamba-Mu yang hina.
Hanya Engkaulah yang selayak-layaknya mengampunkan aku, Ya Ghaffur..



Wednesday, March 17, 2010

pertunangan yang pasti

sejak azali
sejak di loh mahfuz lagi
telah tertulis sebaris takdir
jodoh antara aku dan dia
tanpa risik dengan kata
mahupun hantaran wang berjuta
terukir ikatan kami
seperti yang dijanjikan Ilahi
tertulis janji-janji kami
dalam kalam-Nya yang Maha Suci

hidupku di dunia
menanti penuh debar
saat penyatuan antara kami
menyampur tolak persiapan diri insani
cukupkah bekal untuk ku bawa
ke alam baru nanti
membayangkan hiba air mata
mereka yang aku cintai
menatap putih indah
dan harum bau persalinanku
apakah kelak sambutannya
cuma tiga malam
semua ku hitung congak
belum jua ku temukan jawapan yang pasti

aku tetap yakin
pada janji Ilahi
dan aku tetap setia pada pertunangan ini
pertunangan dengan sebuah kematian
kelak kami pasti disatukan
seperti yang telah dijanjikan
pada setiap insan

Monday, March 15, 2010

unfinished. part 1

sedangkan laut lagi bergelora,
sedangkan langit lagikan ribut,
apakan pula hidup ini,
yang panjangnya tinggal sejengka..

i was tagged!

TIARA TAGGED ME !!!

1. adakah anda rasa anda hot?
yeah i'm feeling hot. mana taknyer. kat toronto pon hot, balik trg pun hot. berpeloh-peloh.

2. Bila kali terakhir aku makan pizza.
lepas amek result. family celebration! haha. gonna miss pizza soon.. huhu.

3.Lagu Terakhir Anda Dengar.
mentera semerah padi. m nasir ngan tam spider.

4.Apa yang anda tgh buat selain menyelesaikan tag ini.
berespirasi.

5.Selain nama anda sendiri, anda dipanggil pe?
kakak. dalila amnani. iroh.

6. Tag la 8 org.
+ainmo
+adia nadilla
+faridah hanim abu bakar
+sarah sabrina badrulddin
+yaya
+nadiah rashidi
+amira muluk
+alia syazwani

7.Siapakah orang No 1 kepada anda.
wakil pelajar2 tmn permint jaya. haha.
budak bulan ogos. same ngan saye!!
erm.. budak ni kan.. dah x sidai baju kt beranda lagiii... hahaha...

8.Katakan sesuatu mengenai orang no 5.
rum mate.
maggi itik.
hp meroh yg selalu kene lempor.
honda city hitam..
aaaaa..... byk ngat ar nak ckp sal dye ni

9.No 3 ada hubungan dengan siapa?
tettttt..... saye tau jawapannye...

10.Bagaimana pula dengan no 4?
yg ni ngan Mr. R. org besar kat toronto. hoho.

11.Pesanan kepada orang no 6.
jauh tak bermakna menjarakkan, diam tak bermakna lupa. kdg2 laut yg tenang tu, lebih byk menyimpan khazanah penuh keindahan. same goes to our friendship!

12.kata-kata cinta untuk orang no 2.
sayunk sama kamoo!!

13.Adakah no 7 dan 8 mempunyai persamaan?
ex 5 al-amin batch 09.
mereka sayang saye.
saye pun sayang mereke!

14.Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
comel. dan suke bile dpuji comel. tp mmg comel.
sabah bah..
helwi. kami helwi!
happy-go-lucky!
selalu htr kertas awal time exam. terer ar dye nih!

15.5 perkara yang saya tau tentang cik Asma..
hah? siapakah? kakak ipar jiran sebelah ker?? huhu.

16.Persamaan antara kambing dan lembu.
busuk dan berbulu! yaks! tp best bile wat gulai! haha.

17.Perasaan anda buat tag ni?
perasaanless

18.Adakah anda tau si Razman itu sengal?
razman mane plak nih? yg jual air kelapa kat muke jln tu ke?
tak kenal maka tak sengal...

19.Gay or Less?
gay. sbb gay maksud dye happy. (~~,)

Tuesday, March 9, 2010

peringatan utk diri sendri dan semua..

13 Aurat Wanita
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan j...anganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari. 

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi. 

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah. 

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. 

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tuesday, March 2, 2010

aku bukan pejuang picisan

dalam kesamaran malam
yang hitam tenang
aku belayar jauh dalam lautan angan
cuba mencongak sendiri
di mana akhir sebuah perjuangan
yang titik mulanya sudahpun ku temukan
apakah kejayaan kelak
bakal menyorot pada hujung perjalanan
atau aku sekadar seorang pejuang picisan

bukan,
aku bukan pejuang sembarangan
aku pejuang yang tak kenal jalan pulang
sekali aku berjuang
sampai mati akan ku teruskan