Monday, February 28, 2011

lumrah atau fitrah?

greeting to all..

wahhh. lamanye tak update! sejak dah jadi student degree ni, baru rasa kesibukan hidup kat u yang sebenar. sumpah busy! takpe lah, mungkin Allah nak ajar kita menghargai masa dan mengurus kehidupan dengan labih teratur.kan?

actually, masa post ni tengah ditulis, berderet lagi kerja kat depan mata. assignment melambak lambak, kuiz test semua berderet, training, meeting, lecture, lab. sometimes, baju pun ready made je, dah tak sempat gosok! see, lack of time management. haishh. masa untuk diri sendiri bile ye? hmmm. that's one huge issue and one point for a holidayy! haha. semoga saje masa untuk Yang Maha Esa tak pernah terabai, yang sudah tetap lima kali itu semoga sempurna, yang sunat moga lebih banyak. baru hidup lebih barakahhh.

time time busy mcm ni la tiba tiba dapat semangat nak menulis kan? tapi takpela, writing is a part of my passion. my real passion. baru je tadi, kami dah pun masuk peringkat tamat silat cekak hanafi. wahhhh. sudah jauh rupanye kami bertatih. tak sangka cepat betul masa berlalu, bagai ditiup angin lalu. rasanya baru semalam sy dan partner yg setia, cik fatin filzati pergi daftar lepas martial art night. tup tup hari ni dah tamat. esok lusa, bakal jadi organizer pulak untuk MAN, insya-Allah. coming to you this june!

sebenarnya, nak bercerita la sikit. bukan cerita la jugak, more to inquest. kenapa manusia suka membandingbezakan? memang fitrahkah? atau macam mana? contohnye la, ada dua orang berkawan rapat, sorang takut kucing. sorang pantang nampak kucing, wajib kena pegang. haha. orang akan selalu compare, eh kawan kau ok je dengan kucing? asal kau tak ngam pulak ngan kucing?

masyarakat sekalian, dua orang manusia yang berbeza memiliki jasad dan jiwa yang berbeza. yang patut sama adalah tunjang akidah iaitu merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Esa. sebab kan fitrah manusia beragama. tapi, kelebihan yang Allah bagi tu lain lain. kalau tak, personality test yang dr azizan bagi dalam kelas DE tu, semua orang pun dapat bulat je semua. kalau tak, dunia ni takkan ada Leonardo da Vincci dengan Einstein dalam sejarah. Malaysia sendiri pun ada Faisal Tehrani dan Idris Jala. jauh kot experties mereka. cuba kalau IJ yang tulis novel dan FT yang run out MAS operation. wujud ke novel yang best macam Tunggu Teduh Dulu? wujud ke first class award winning cabin hospitality?

colour pencils adik kat rumah tu, monochromatic ke? tak kan? ada 12 colours kan? agak agak pelangi kalau satu warna, menarik ke? Allah dah jadikan vast range of example untuk kita telaah dengan akal fikiran. tak payah lah nak compare compare lagi. biarlah hidup ini lebih warna warni. pelbagai. Allah dah tentukan jalur hidup setiap hamba-Nya. sama ada warna suram, atau warna terang, Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk mereka.

if everybody wants to be at the top, then who want to be at the bottom to balance the world?
kalau semua orang pandai, dapat 4.0 flat semua, siapa yang nak merasa manisnya sebuah kegagalan supaya nanti dia boleh beri pengajaran pada orang lain. siapa?

sementelah semua ini, biarlah saya menerima perbandingan ini sebagai lumrah manusia yang sering khilaf. dan mungkin,inilah jalan hidup yang sudah sedia terbentang untuk saya. bukan mungkin lagi, pasti. hujung sana, tiada saya tahu akan kesudahannya. biarlah hanya Dia yang tahu. cukuplah saya diam dan pasrah

Sunday, February 6, 2011

maafkanlah aku yang khilaf

aku lebih suka digantung harap
dari menggantung harap
tapi acap kali juga
aku rasa hati ini terluka

aku ini
insan yang khilaf
penuh dengan noda dan dosa semalam
langkah yang aku atur
dalam denai kehidupan ini
tidak semuanya jatuh terletak pada impian
ada kalanya aku gelincir jua
maka jatuh terjurai
segala harapan yang bergantungan

maafkanlah aku
aku khilaf lagi
jatuh lagi
tapi kali ini
luka itu tidak terluahkan
ingin aku rawat sendiri dalam diam
apakan daya
sakitnya tak tertanggung aku seorang

bukan aku tak cuba
bukan jua aku tak pinta
mata hatiku belum lagi buta
tapi aku sangat yakin dan percaya
Dia lebih bijak merencana
jadi aku serahkan segala galanya
hanya pada Dia Yang Maha Esa

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan pertolongan biar walau segenit cuma.
hanya rahmat-Mu yang aku pinta buat jadi sandaran, hidup yang di hadapan.