Wednesday, June 29, 2011

pahit maung hidup

Tuhan menjadikan pahit maung hidup
kerana Dia Maha Adil
kerana kejayaan itu rasanya manis
tiada tawar

Tuhan menjadikan pahit maung hidup
kerana Dia Maha Kaya
mahu hamba-Nya merasa pelbagai peristiwa
dengan suka atau juntaian air mata

Tuhan menjadikan pahit maung hidup
kerana Dia Maha Mengetahui
dan Dia ingin hamba-Nya tahu
masih ada yang gagah berdiri di sisi
sekalipun diri gagal dan gagal lagi