Sunday, October 31, 2010

the few things to tell

salam.

td baru je post something kat sini kan. lupa plak ade lagi bende nak post. banyaaaaaaak la jugak. hehe. :D
ermmm, ok. i'll start dengan result semester 2 dulu. result dah keluar hari jumaat lepas. pagi tu mama call, then lepas tu, tak cakap lagi sebab gi check kt prism result mmg tak kelauar lagi. then towards the evening, masa tgh berprofile stalking (hehe), terlihat lah komen komen kat news feed yg berbunyi "wahhh. dean list bro, tahniah!". pastu ape lagi, cepat cepat la mengklik 'new tab' kat sblh fb tu. bile bukak je slip result tu, the first thing that crossed my mind time tu ; "Allahuakabar, scholar aku!". Result die, ermmm mcm mana nk kata ek, it's better than previous sem, tp still, i'm not happy sbb tiga angka tu memang obviously tak dpt jamin scholar utk UG nanti. haish. tp, dlm kecoh kecoh tu kan, Alhamdulillah, ada improvement and lepas 3 pointer. and the second thing that crossed my mind ; "oweeiii. gane nk cakap kat mama ngan ayah ni". feeling guilty? tu toksah cerita la. mmg rasa bersalah tahap gaban. haisshhh. dugaan dugaan. harap sgt sgt JPA baik hati klu tak dpt cgpa 3.4, die akan still consider utk trus bagi scholar even dpt warning letter pun kire ok la rather than kene tarik trus kan. pastu masa bgtau mama mlm tu, mmg sah sah dpt lecture free. sokayyy. my mistake as well. mama kata, tu la over confident sgt. erkkk! =__=" mama ckp lagi, klu scholar kene tarik, mama tak leh nk tolong dh, duk rumah je la nanti. boleh je terbayang jadi bibik kat rumah tu kan. adoooihh. nauzubillahiminzalik! pastu, bgtau ayah. heee. ayah cool sikit. ayah kata sokayyy, kakak dh try. but still, i sniffed the sense of disappointment in the air. sorry ayah. *this was what i meant when i told you why i didn't want to pursue engineering. i know i hv to force myself to love the subjects; lagi lagi la maths. and this is what happen when you do/endure something without passion :|* okay. forget about that. so rite now, nk cari senior yg pernah ada experience mcm ni. i mean, bdk JPA yg tak dpt cgpa 3.4 masa foundy, were they given the second chance or how? sape sape yg kenal, do tell me :)

ok. enough about the not-really-good-news part. move on to this weekend, saya telah pun pergi sekali lagi ke felda residence trolak for leadership workshop under caunseling unit of SSD. i was representing MAKNA UTP. hooyeahh! program ni run for 2 days and 1 night.40 representatives from various club and student bodies were there. tp tak semua. PSSCHUTP and HELWI pun ada. waaaa. suke suke. program tu best. klu nk rate i would give 4.5 out of 5. kat sana semuanye leaders yg super gempak ; RM, MEDTECH,RCSU,ROBOCON,MPP. nasib baik la ramai yang kenal, so takde la rase awkward sgt. ada kak tini, kak syida, kak syafiqa, wani, and kak ain. ouh and wakil MAKNA consist of three people semuanye my coursemate ; me, Tiara and Hazwan. most of the module need us to be in group so i was in group COMPASS ;) and as always i'm THE ONLY GIRL dlm group tu and i felt really really ganjil and kerdil. lagilah dpt group leader like azrul tuh, mmg kene buli !but apart from that, i learnt a lot of thing, met a lot of different kind of people, communicate better, trained to think critically, punctuality widen my scoop of mind, creating bond between other leaders, learn to accept others explaination. wow. many more to list actually. the best part, is the bond created, the fun and enjoyment, the laugh, the winning :oyeahhh! go compass!, and mcm mana nk tahan dengan org yg gila gila mcm azrul. seriously tak tipu, he has extra tonnes of humour and perkara yg tak boleh bla. insane! but at many points, i do respect him sebab obviously he has the pure character of a leader. *cakap banyak banyak ni bukan sebab syok kat die ek. "sot" la mamat tuh.* when he talks, he wants everybody to hear, to digest and if he's wrong, he wants people to straight away shoot. knowledge die sgt la banyakkkkk. klu time die share something kat depan, org dh blh kagum, just imagine being one of his "fruit children" (as quoted by him), he shares a lot more. i like the principal he hold, bile die jokes around memang pecah perut, klu kejam mmg kejam giler, but when it comes to work he's dead serious!

masa nak balik, rasa mcm nak stay lagi. tapi esok ada kelas and khamis ada test. so, enough for honeymoon! but then, bas dtg lambat gile. so kiteorg pun apa lagi, bergambar la. haha. kiteorg seronok je bergambar, kunci bilik pass kat anis ngan irfan je suh dieorg htr kat reception (jauh kot). thanks to both of you for being gentlemen, tp anissss, my name is not asmah okayyy. lawak la kau! :P tgu punye tgu, lepas dh abis satu forum wanita (dgn girls) baru la bas sampai. sesat rupenye. driver tu tgh bad mood. kiteorg pulak demand nk stop lunch. lapar kot. lunch not provided. nasib baik la uncle tu stop jugak. tp.. setengah jam saja! ok la uncle! so, makan la kat KFC ngan tiara ngan hazwan. kak syafiqah ngan wani pun skali. ouh, and sedikit dunkin donut utk santapan petang. hahaha. :D and the journey home sgt la memeningkan sbb lagu tamilllll! tp tgk movie ngan tiara tp still x boleh tido! pening doe! around 4 - 4.30 ++, smpi la kat utp. Alhamdulillah. dan esok kelasssss. haha. anyway, i do wanna go again to this workshop esp with all these awesome guys. next time maybe? :DDD

 :: amirah suhaimi and hani tiara faihana :: 

:: hooyeahh. group tiara ngan hazwan tgh bentang ::

:: dalam ramai ramai tu, ni je la bungan bunga yang sedang mekar ::

:: us again. go MAKNA! oyeahh. :) ::

:: profile picture. kan tiara kan? haha ::

:: ok. jangan cakap apa apa ::

ouhh. not again..

dear self, it happen again?
 i've no accurate answer. tp normal la kan. if i dont hv such feeling, abnormal pulak. hermmm.





:)

Friday, October 29, 2010

biarkan pepasir ini mendakap kaki

salam semua.

memandangkan dah beberapa purnama berada di perantauan ni kan, tiba tiba hati dipagut rasa rindu pada tanah halaman. teingat pulak sajak ni yang dihasilkan tahun lepas, kalau tak silap sempena perkampungan penulis muda di pontian, johor. sajak ni insya-Allah, pernah sampai pada pihak DBP, tapi tak publish pun. however, still copyright reserved, okayyy, ;D

BIARKAN PEPASIR INI MENDAKAP KAKI

Deru ombak yang mengaum
Egois membilas dada pantai
Sayap angin yang bertiup
Kencang berpuput di kawanan awan
Desir pasir yang berbisik
Menyatakan perasaannya
Pada si kecil ketam yang enteng berjalan

Telah hampir dua dekad
Segala ini mewarnai kehidupanku
Kebenciaan yang dulu menggelegak
Membibitkan kecintaan yang membuak-buak
Tanpa aku sedar
Tanpa aku paksa
Mencalit segaris persaan cinta
Dalam lubuk hati yang paling dalam

Warna-warna kehidupan tetap meriah disini
Sekalipun hidup sering diterjah cubaan
Dan pintu hati sering dinoda keresahan
Kaki tetap gagah melangkah ke sini
Kerana pantai ini,
Menjadi penawar buat sekuntum senyuman
Lalu, tenanglah hati yang tadi gundah disayat cubaan

Dan pantai ini,
Hadirlah seribu tengkujuh pun,
Tetap utuh kecantikannya yang abadi
Dan demi pantai ini,
Aku tidak peduli arus modenisasi,
Aku tidak kisah gelombang tekonologi
Yang aku mahu,
Cuma butir pepasir  dipantai ini
Terus mendakap telapak kaki
Terus bermain dengan jari-jemari
Menghadiakan sebening ketenangan
Mengagumi segenap ciptaan Tuhan.

karya : Nur Amirah Suhaimi ; 2009.

Sunday, October 10, 2010

raw punye experience

salam.
sewaktu entry ni ditulis, sy baru shj pulang dari sebuah kem motivasi di gopeng. slot terakhir malam td, spt biasa, berupa pengisian yang Alhamdulillah, sedikit sbyk dpt memuhasabahkan diri ini. waktu slot terakhir tu, ada ditayangkan video gejala sosial remaja skrg yang dah tahap kronik punyer kronik. bhs kasarnye, tahap gaban la keseriusan masalah ni. in comparison, ditayangkan pula, video remaja remaja Palestine yang seusia, sedang galak menghalau anjing anjing zionis dari bumi mereka yang tertindas. Subhanallah, jauhnya jurang Malaysia dan Palestine.

nak dijadikan cerita, malam tu, kami dihantar pulang oleh seorg senior kami yang tak kurang hebat orgnya, dari segi tarbiyah dan kepimpinan. mungkin malam td Allah nak tunjuk pengalaman yang betul betul raw utk kami - kami tgk live mat rempit lepas accident. lelaki tu masih terbaring atas jalan, tak bergerak waktu kitaorg lalu tu. hidup atau mati, wallahualam. dah la tu, BANYAK giler mat rempit time tu. yang herannye, kawan dieorg accident kot, some of them boleh ignore je, sambung rempit pulak tu! adehhh. ni la yang dikatakan barah sosial. Masya-Allah. sambil sambil tu dapat tazkirah free dari senior sy ni, katenye, ni la masalah remaja ngr kita, klu negara lain remaja dieorg tak cukup makan, ngr kita? bukan stakat terlebih makan, terlebih minyak motor segala sampai duk berlumba sia sia. kata senior sy lagi, cuba bayangkan, kalau yang terbaring td tu, mati (mohon dijauhkan), tak ke sia sia? bau syurga ke? atau neraka? Nauzubillahiminzalik.

Alhamdulillah, dpt pengajaran live. dah la yang kat kem td still fresh lagi. semoga Allah membuka pintu hati kita dengan hidayah-Nya dan mohon dijauhkan barah sosial ni dari merebak kat keluarga, rakan rakan, dan jugak masyarakat sekeliling. Amin.

itulah gunanya pesan memesan. ;)


ni la video yang sempat dirakam sikit kan. tengok boleh tapi JANGAN BUAT!

p/s : malu seyh, tertekan butang capture. dh la flash kuat. aduuiihhh. O.O