Friday, October 29, 2010

biarkan pepasir ini mendakap kaki

salam semua.

memandangkan dah beberapa purnama berada di perantauan ni kan, tiba tiba hati dipagut rasa rindu pada tanah halaman. teingat pulak sajak ni yang dihasilkan tahun lepas, kalau tak silap sempena perkampungan penulis muda di pontian, johor. sajak ni insya-Allah, pernah sampai pada pihak DBP, tapi tak publish pun. however, still copyright reserved, okayyy, ;D

BIARKAN PEPASIR INI MENDAKAP KAKI

Deru ombak yang mengaum
Egois membilas dada pantai
Sayap angin yang bertiup
Kencang berpuput di kawanan awan
Desir pasir yang berbisik
Menyatakan perasaannya
Pada si kecil ketam yang enteng berjalan

Telah hampir dua dekad
Segala ini mewarnai kehidupanku
Kebenciaan yang dulu menggelegak
Membibitkan kecintaan yang membuak-buak
Tanpa aku sedar
Tanpa aku paksa
Mencalit segaris persaan cinta
Dalam lubuk hati yang paling dalam

Warna-warna kehidupan tetap meriah disini
Sekalipun hidup sering diterjah cubaan
Dan pintu hati sering dinoda keresahan
Kaki tetap gagah melangkah ke sini
Kerana pantai ini,
Menjadi penawar buat sekuntum senyuman
Lalu, tenanglah hati yang tadi gundah disayat cubaan

Dan pantai ini,
Hadirlah seribu tengkujuh pun,
Tetap utuh kecantikannya yang abadi
Dan demi pantai ini,
Aku tidak peduli arus modenisasi,
Aku tidak kisah gelombang tekonologi
Yang aku mahu,
Cuma butir pepasir  dipantai ini
Terus mendakap telapak kaki
Terus bermain dengan jari-jemari
Menghadiakan sebening ketenangan
Mengagumi segenap ciptaan Tuhan.

karya : Nur Amirah Suhaimi ; 2009.

No comments: