Saturday, December 25, 2010

hidayah milik Allah

salam.

"Dan di antara mereka ada yang mendengarkan bacaanmu (Muhamad), dan Kami telah menjadikan hati mereka tertutup (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan telinganya tersumbat... " (Surah Al-An'am : 25)

sesungguhnya hidayah itu milik Allah. dan Allah akan beri hidayah pada sesiapa pun yang kita kehendaki, malah Dia jugak boleh tarik hidayah tu pada bila bila masa sekalipun. we dont know what lies ahead. mungkin hari ni die ketua gangster, tup tup esok dah mula attend usrah dan istiqamah pulak tu. mungkin jugak hari ni kita kenal die sebagai orang yang kemas tarbiyahnya, tapi tengok tengok esok dah bercouple! nauzubillahimanzalik!

sebenarnya, teringat kisah seorang sahabat ni. ada perubahan yang lebih baik terbit dalam diri dia. Alhamdulillah. tapi, bibit bibit perubahan tu, mungkin sebab dia dicabar untuk jadi lebih baik. mula mula takut juga kalau kalau niat berubah tu salah, tapi sy yakin hidayah itu milik Allah. semoga Allah memberi ketetapan hati kepada dia, saya dan sahabat sahabat lain untuk sama sama mencari redha Allah. fastabiqul qhoirat, sentiasa berlumba lumba ke arah kebaikan.

ada suatu kisah, di mana di sebuah negeri ni, ada seorang pencuri. suatu hari, si pencuri ni nak pergi mencuri kat istana raja, kalau tak silap. lepas tu, die terdengar si raja ni berkata kat pembesar dia, "Beta mahu tempatkan orang orang kita di masjid. Perhatikan mana mana lelaki yang solat Subuh berjemaah di masjid itu selama 40 hari berturut-turut. Bawalah lelaki itu berjumpa dengan Beta, maka akan Beta jadikan dia suami utk puteri Beta." lepas tu, pencuri tu tak jadi mencuri. die terus pergi ke masjid dengan azam untuk solat Subuh jemaah kat sana selama 40 hari. tapi niat dia waktu itu adalah untuk kahwin dengan anak raja. maka, dia dengan taatnya solat Subuh jemaah di sana setiap hari. never missed.selepas 40 hari, pembesar istana tadi datang pada pemuda tersebut dan menyatakan bahawa Raja nak jadikan die menantu? but guess what? pemuda tadi tu menolak! sebab sepanjang 40 hari itu, Allah telah bagi dia hidayah. dia telah jumpa damai yang hilang dari hidup dia selama ni. dia dah bertaubat dan kembali ke jalan yg benar. dan dia telah betulkan niat die kembali. yela, niat die mula mula tu memang obviously salah! tapi Allah Maha Kuasa atas segala-galanya, dan hidayah itu kan milik Allah.. :) see, even a thief pun boleh berubah sampai macam tu. Subhanallah!

dan suka untuk saya mengingatkan, Allah juga boleh tarik hidayah Dia, pada bila bila masa yang Dia mahu. jadi, kita semua bukanlah sempurna. kita bukan seperti junjungan kita yang mulia, Rasulullah SAW. Baginda maksum, suci dari noda noda dosa. kita pula, penuh dengan khilaf dan noda dunia. rutin kita, masih ada lompong lompong. malam kita bukan setiapnya damai dalam sujud tahajudd. sebab itu, mesti banyak istighfar. Allah Maha Pengampun. pintu pengampunan sentiasa terbuka untuk hamba hamba-Nya yang bertaubat. jadi, ayuh basahkan bibir dan hati kita dengan zikrullah serta istighfar!

No comments: