Showing posts with label soul.eternity. Show all posts
Showing posts with label soul.eternity. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

hidayah milik Allah

salam.

"Dan di antara mereka ada yang mendengarkan bacaanmu (Muhamad), dan Kami telah menjadikan hati mereka tertutup (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan telinganya tersumbat... " (Surah Al-An'am : 25)

sesungguhnya hidayah itu milik Allah. dan Allah akan beri hidayah pada sesiapa pun yang kita kehendaki, malah Dia jugak boleh tarik hidayah tu pada bila bila masa sekalipun. we dont know what lies ahead. mungkin hari ni die ketua gangster, tup tup esok dah mula attend usrah dan istiqamah pulak tu. mungkin jugak hari ni kita kenal die sebagai orang yang kemas tarbiyahnya, tapi tengok tengok esok dah bercouple! nauzubillahimanzalik!

sebenarnya, teringat kisah seorang sahabat ni. ada perubahan yang lebih baik terbit dalam diri dia. Alhamdulillah. tapi, bibit bibit perubahan tu, mungkin sebab dia dicabar untuk jadi lebih baik. mula mula takut juga kalau kalau niat berubah tu salah, tapi sy yakin hidayah itu milik Allah. semoga Allah memberi ketetapan hati kepada dia, saya dan sahabat sahabat lain untuk sama sama mencari redha Allah. fastabiqul qhoirat, sentiasa berlumba lumba ke arah kebaikan.

ada suatu kisah, di mana di sebuah negeri ni, ada seorang pencuri. suatu hari, si pencuri ni nak pergi mencuri kat istana raja, kalau tak silap. lepas tu, die terdengar si raja ni berkata kat pembesar dia, "Beta mahu tempatkan orang orang kita di masjid. Perhatikan mana mana lelaki yang solat Subuh berjemaah di masjid itu selama 40 hari berturut-turut. Bawalah lelaki itu berjumpa dengan Beta, maka akan Beta jadikan dia suami utk puteri Beta." lepas tu, pencuri tu tak jadi mencuri. die terus pergi ke masjid dengan azam untuk solat Subuh jemaah kat sana selama 40 hari. tapi niat dia waktu itu adalah untuk kahwin dengan anak raja. maka, dia dengan taatnya solat Subuh jemaah di sana setiap hari. never missed.selepas 40 hari, pembesar istana tadi datang pada pemuda tersebut dan menyatakan bahawa Raja nak jadikan die menantu? but guess what? pemuda tadi tu menolak! sebab sepanjang 40 hari itu, Allah telah bagi dia hidayah. dia telah jumpa damai yang hilang dari hidup dia selama ni. dia dah bertaubat dan kembali ke jalan yg benar. dan dia telah betulkan niat die kembali. yela, niat die mula mula tu memang obviously salah! tapi Allah Maha Kuasa atas segala-galanya, dan hidayah itu kan milik Allah.. :) see, even a thief pun boleh berubah sampai macam tu. Subhanallah!

dan suka untuk saya mengingatkan, Allah juga boleh tarik hidayah Dia, pada bila bila masa yang Dia mahu. jadi, kita semua bukanlah sempurna. kita bukan seperti junjungan kita yang mulia, Rasulullah SAW. Baginda maksum, suci dari noda noda dosa. kita pula, penuh dengan khilaf dan noda dunia. rutin kita, masih ada lompong lompong. malam kita bukan setiapnya damai dalam sujud tahajudd. sebab itu, mesti banyak istighfar. Allah Maha Pengampun. pintu pengampunan sentiasa terbuka untuk hamba hamba-Nya yang bertaubat. jadi, ayuh basahkan bibir dan hati kita dengan zikrullah serta istighfar!

Friday, October 29, 2010

biarkan pepasir ini mendakap kaki

salam semua.

memandangkan dah beberapa purnama berada di perantauan ni kan, tiba tiba hati dipagut rasa rindu pada tanah halaman. teingat pulak sajak ni yang dihasilkan tahun lepas, kalau tak silap sempena perkampungan penulis muda di pontian, johor. sajak ni insya-Allah, pernah sampai pada pihak DBP, tapi tak publish pun. however, still copyright reserved, okayyy, ;D

BIARKAN PEPASIR INI MENDAKAP KAKI

Deru ombak yang mengaum
Egois membilas dada pantai
Sayap angin yang bertiup
Kencang berpuput di kawanan awan
Desir pasir yang berbisik
Menyatakan perasaannya
Pada si kecil ketam yang enteng berjalan

Telah hampir dua dekad
Segala ini mewarnai kehidupanku
Kebenciaan yang dulu menggelegak
Membibitkan kecintaan yang membuak-buak
Tanpa aku sedar
Tanpa aku paksa
Mencalit segaris persaan cinta
Dalam lubuk hati yang paling dalam

Warna-warna kehidupan tetap meriah disini
Sekalipun hidup sering diterjah cubaan
Dan pintu hati sering dinoda keresahan
Kaki tetap gagah melangkah ke sini
Kerana pantai ini,
Menjadi penawar buat sekuntum senyuman
Lalu, tenanglah hati yang tadi gundah disayat cubaan

Dan pantai ini,
Hadirlah seribu tengkujuh pun,
Tetap utuh kecantikannya yang abadi
Dan demi pantai ini,
Aku tidak peduli arus modenisasi,
Aku tidak kisah gelombang tekonologi
Yang aku mahu,
Cuma butir pepasir  dipantai ini
Terus mendakap telapak kaki
Terus bermain dengan jari-jemari
Menghadiakan sebening ketenangan
Mengagumi segenap ciptaan Tuhan.

karya : Nur Amirah Suhaimi ; 2009.

Monday, August 30, 2010

amaran : jangan aplikasikan dalam kehidupan kita !

salam semua.



baru baru ni, 28/08, under event Moment to Share, saya pergi berbuka puasa di rumah orang-orang tua, di Tanjung Rambutan. to be more specific, Rumah Seri Kenangan yang betul betul terletak di dalam kawasan Hospital Bahagia. kami bertolak lepas Zohor, lebih kurang pukul 2.15 ptg dari UTP. perjalanan dgn bas ambik masa sejam lebih utk sampai. mula mula hati ni diulit macam macam perasaan gembira, teruja, takut takut pun ada. ye la, sebelum pergi ada je senior yang cakap nanti kene peluk la, kene gigit telinga la. memang tak leh bla. tapi tak de pun. stakat kene peluk dengan mak cik mak cik tu ade la. anyway, lepas je sampai, terus ada opening ceremony, then kita orang pun start operasi buat panjut dan pasang pelita. nak mendamaikan suasana, Allah turunkan hujan petang tu, jadi maknanya kaun adam je la yang bertungkus lumus bawah hujan potong buluh dan sebagainya. komited dieorang ek. memandangkan kami ni "alergik" hujan, jadi kami ni pun duduk melayan pak cik sorang ni yang dari tadi tak berganjak duduknya, tak diam celotehnye. pak cik mansor nama dia. dari dia, banyak yang saya dapat belajar. yang paling penting, saya tak nak hantar mak ayah saya ke rumah orang orang tua. kalau dieorang boleh tengok dan tatang saya membesar, kenapa tidak saya tengok dan jaga dieorang masa tua dieorang nanti. dan saya tak mau ada gaduh gaduh antara adik beradik saya. mama, ayah, mak selalu pesan, kita yang tua, biar la kita mengalah dengan adik adik. dah lama saya berpegang dengan prinsip tu, dan alhamdulillah, Allah SWT masih pelihara kasih sayang kitaorg.

apa yang buat saya keluarkan statements kat atas?
selama ni, saya fikir, layanan buruk di pusat pusat kebajikan adalah stigma komuniti semata mata, yang di hanyutkan arus media massa dan sebgainya. tapi setelah saya dengar, rasa dan lihat sendiri, ternyata ia bukan stigma. malah, dalam pada masyarakat penyayang yang cuba di wujudkan, layanan buruk ini adalah suatu realiti. bayangkan, pinggan mangkuk yang tak bersabun, layanan yang langsung tiada kemesraan, kakitangan yang kebas pipi (tak pandai senyum), amalan ibadah yang tidak diuruskan, masya-Allah, hebat sungguh ujian ayahanda bonda di RSK. kalau saya sekalipun yang berada di sana, saya lari. saya tak tipu. tapi mereka, mereka nak lari ke mana? tempat mana lagi yang mereka nak tuju? kudrat mana yang mahu dikerahkan? saudara mana yang boleh diharapkan? bagi mereka tiada. apa yang kita anggap nestapa, bagi mereka kurnia.

waktu saya bersembang dengan pak cik mansor, banyak yang diberitahu. apa yang menyentuh jiwa saya ialah p c mansor ni anak yatim piatu, tapi masih punya adik dan kakak (kalau tak silap).yang pasti, dia masih ada saudara sedarah daging yang masih bernafas di bumi yang sama. saya quote balik kata kata p c mansor "pak cik nak balik buat apa, dik. kakak, adik semuo tak suka.." sayu butiran kata itu ditabur. hatinya pasti luka parah. entahlah, masih terlalu awal untuk saya selami lagi. terus saya teringat adik adik. semoga kasih sayang kakak untuk korang cukup dan tak pernah kurang. kakak tak mau kene dumb kat pusat kebajikan macam tu. nauzubillah. 

petang tu jugak, selepas saje majlis berbuka puasa, ada khabar duka buat Kak Syud, (HOD saya). datuk yang tersayang baru saja menyahut seruan Ilahi. Innalillahiwainnailahirojiun. Dari Dia kita datang, kepada Dia jualah kita kembali. sabarlah Kak Syud, Allah lebih berkuasa atas segala-galanya. saya tahu, perasaan Kak Syud mesti remuk sebab waktu Kak Syud dapat tahu, akak berada di tengah tengah mereka yang segolongan dengan arwah kan. redhalah kak, kematian tu kan suatu ketentuan, dah pun ditetapkan sejak azali. kejapkan hati dan basahkan bibir berdoa untuk arwah. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh. Al-Fatihah.



 ooo. ini panjuttt. (:
eh, tb kenapa tiup pelita tu? kan dh padam. haish.

hujung paling kiri, pak cik mansor


with faridah, syafiq, abg budin, dengan akak yang saya lupa tny nama (:

EH2, LUPA. CREDIT TO FARIDAH HANIM ABU BAKAR FOR ALL THE PHOTOS

Sunday, August 1, 2010

rindunya untuk kembali berkomitmen

salam and hi.

dalam kekalutan menyediakan persiapan untuk M.I.W. , entah kenapa hati ni rasa tdk bersemangat sprt pada awal aku mengambil keputusan utk menyertai event ini dulu. ingt lagi kata kata yang aku lontarkan utk cuba memberi komitmen. ternyata, aku gagal. kecundang dgn begitu hebat sekali. aku kira, percubaan pertama ku ini, bukanlah sesuatu yang ingin aku kenang sampai bila bila. aku kira, percubaan premier ku ini, cuma dapat ku jadikan rujukan agar kelak, aku lebih bersedia. dalam diam, aku lihat sahabatku, tekun menjalankan amanahnya. sampai tak dapat tidur malam. sungguh, aku rindu waktu waktu dulu. waktu aku seperti sahabatku, berkomitmen dgn sepenuh hati. ada ketikanya, aku tertanya tanya jua, mengapa komitmen yang sama gagal aku lahirkan kali ini? kalbuku berbisik, bukan saat ini. bukan waktu ini. insya-Allah, bila aku sendiri bersedia, masanya akan tiba.

aku menyoroti rentetan hidupku sejak belakangan ini. satu persatu aku rungkai persoalan ini. memang, masanya mmg tdk kena. aku terlalu hanyut dipukul arus emosi waktu pointer semester pertama dikhabarkan. aku jadi tak keruan. aku jadi keliru dengan haluanku. aku jadi serba salah pada ibu dan ayahku. waktu itu, pertimbanganku jadi agak mereng, barangkali. semangat ku hilang, entah terbang ke mana.

kemudian, aku jadi camar. terbang pulang ke tanah kelahiran. suatu malam, mama dan ayah membawa ku bersantai ke gigian ombak. bayu yang memukul wajah seolah olah berbisik menenangkan hati yang gundah. sesi hati ke hati itu memang amat aku rindu. kata ayah, langkahan hidup ini perlu terus aku lontarkan. yang telah terjadi, harus aku lepaskan, walau sakitnya, perit amat. yang terbentang di hadapku adalah jalan ketentuan. yang dapat mengubahnya hanyalah doa dan kemahuan. aku bungkam seribu bahasa. kata ayah lagi, aku telah membuktikan usaha dan ketekunan itu kunci kejayaan. aku telah pun melakukannya sekali sewaktu SPM. mgp tidak aku ulangi lagi? ayah kata, "enjoy yourself, like you did last time".

aku paku kata kata itu sedalam mungkin. aku ingat ingat kembali, tahun tahun akhir pengajianku di SS. Alhamdulillah, tiada masalah bagiku, menguruskan komitmen yang seribu. baik, di kelas, lembaga pengawas, dan yang lain. malah, aku tambah teruja mendepani hari hari persokalahan yang kian beban.

waktu semangatku hilang, aku cuma mahu kata kata ayah itu bergema dalam sanubariku. aku ingin semai dalam diriku sendiri ; i've done it before. let's do it again. shall we? (:

lembaga pengawas SMKSS 2009


one of the shot from Prefect's Annual Dinner with Shahril


another shot with adik adik junior & rakan rakan exco seperjuangan

we graduated from a school which treasures a memories of us
5 Al Amin 2009

perkampungan penulis muda, pontian, johor


Bangkok, Thailand, 07 jun 2009

amirah, you can do it!

Wednesday, July 28, 2010

why is the river so full of the fools ??

salam and hi.
 just a little bit of sharing. just when through this piece of reading. think you guys should check it out too. ;D

http://www.scribd.com/doc/31885379/Why-is-the-River-so-Full-of-Fools-Rule-One

it's okay to fail, once

salam and hi.

you failed for the first time, doesn't mean you are failing again later.
that is what i've learnt today. not really learn it today, but more to being reminded of . for sure, everybody must have known about this, rite? but in my current situation, it's crutial for me to remind myself that it's okay if i failed, once. but from there, i must encourage myself, push the enthusiasm to the top gear, and keep moving on. i must try my very best not to fail again. it's a must to try hard. i remembered, when i was dejected from receiving the petronas scholarship, dad consoled me. he said, it's okay to look back at your past. but never stop there. i'm afraid you might get stucked. thanks ayah. i shall treasure your word until the last breath i hold. and mum said, when you have this obstacale ahead of you, do not be afraid and never surrender. believe in yourself there's thousands more ways to achieve your goal. after all, life is about fighting. fighting for what you aim. what you want your future to be. despite all that, we must never forget, why we, human are created by Allah SWT. it's to worship Him. only Him. and that's what we do. searching for the mardhatillah. believe me, when we take good care of hablunminallah, then Allah SWT will take care the rest for us. (:

Sunday, June 27, 2010

dia dan dia. they love me and i love them.









ruse kong n girrafe kubing, kakak rindu kamoo.


betapa masa berlari
seperti air tasik
tenang tenang dikocak
riaknya sekejap pudar

betapa masa melarikan kenangan
sampaikan baru semalam
aku merasa ia terjadi

betapa kalian hidup
dulu hanya mampu mendongak
menanti suap
lihatlah kalian kini
gagah berlari di persada kehidupan

betapa aku rindukan kalian
sampaikan aku merampas kembali
kenangan kita yang terolah oleh ombak kehidupan.


Saturday, June 26, 2010

result dah keluar


result sem lepas dah keluar. for the time being, aku cukup cukup bersyukur academic standing aku pass. yg menjadi persoalan skrg, subjek pre calc aku. ish. aku mmg x ngam la dgn subjek maths ni. serius, tak tipu. bile main ngan numbers ni, mmg loading sikit la. pointer aku, as expected is very low; compared to others la. kalau ikut my own judgement, it's an achievement dah sbb for me, engneering subjects mmg payah sikit. tapi tu la, i need to stand strong. bkn nak cakap besar, or what ever, tp aku selalu cakap kat adik aku, klu gagal sekali, bukan gagal selama-lamanya. so, i need to give a good example kan? kalau aku rebah pada percubaan pertama, macam mana aku nak teruskan pendakian yang seterusnya? sesungguhnya inilah ujian Allah. and i believe Dia menurunkan ujian kpd hamba-hamba-Nya tanda Dia sayang pada mereka. Alhamdulillah. time ni la jugak nak tgk siapa kawan, siapa lawan. this is the right moment to see who'll stay and who'll go. aku mungkin student yg average je. ye la, dtg pun dari sk biasa biasa. before this, tak pernah duk asrama. so, i'm still adapting. i tell you, it takes time. so please, give me some. in the mean time, i need to make double work since the minimum pointer i will have to achieve is 3.85. haha. a lot, rite? so friends, if i'm still being ignorance, late to class, don't push me aside, don't scold me, don't keep silence with me, but i beg, drag me out from all those. hold my hand and walk with me through your lane, can aaa? heee. :D

pada sesiapa yg nk gelakkan aku sbb tak dpt pointer yg best, dean list jauh skali (bdk chemi kan ramai dean list), silakan. your laughter is my dose. aku punya impian, suatu hari nanti, 4.0 flat akan jadi milikku. insya-Allah. aku doakan moga Allah permudahkan jalan kita semua wahai sahabat.. ingin aku buktikan pada adik adikku, kejayaan bermula dari titik kegagalan paling bawah, and it's ok to fail. actually, it's not a failure. it's just that i had found a way not to succeed. heeeee. :D and back to basic, matlamat hidup yg sebenar ialah mengejar mardhatillah. org boleh kata aku cakap cam ni sbb nak escape from the failure. say whatever you want, it's your right. kalau kita take care hubungan kita dgn Allah SWT, Dia pasti akan jaga yang lain lain bagi kita. kan? aku juga akan sentiasa cuba improve Hablumminallah. nobody is perfect. and i am nobody. get me?


.:: guys, help me stand strong for them, will ya? ::.





- mencari semilir kekuatan yang lama hilang. moga ia hadir, bertiup kembali dalam relung hati yang kosong ini-