baru baru ni, 28/08, under event Moment to Share, saya pergi berbuka puasa di rumah orang-orang tua, di Tanjung Rambutan. to be more specific, Rumah Seri Kenangan yang betul betul terletak di dalam kawasan Hospital Bahagia. kami bertolak lepas Zohor, lebih kurang pukul 2.15 ptg dari UTP. perjalanan dgn bas ambik masa sejam lebih utk sampai. mula mula hati ni diulit macam macam perasaan gembira, teruja, takut takut pun ada. ye la, sebelum pergi ada je senior yang cakap nanti kene peluk la,
apa yang buat saya keluarkan statements kat atas?
selama ni, saya fikir, layanan buruk di pusat pusat kebajikan adalah stigma komuniti semata mata, yang di hanyutkan arus media massa dan sebgainya. tapi setelah saya dengar, rasa dan lihat sendiri, ternyata ia bukan stigma. malah, dalam pada masyarakat penyayang yang cuba di wujudkan, layanan buruk ini adalah suatu realiti. bayangkan, pinggan mangkuk yang tak bersabun, layanan yang langsung tiada kemesraan, kakitangan yang kebas pipi (tak pandai senyum), amalan ibadah yang tidak diuruskan, masya-Allah, hebat sungguh ujian ayahanda bonda di RSK. kalau saya sekalipun yang berada di sana, saya lari. saya tak tipu. tapi mereka, mereka nak lari ke mana? tempat mana lagi yang mereka nak tuju? kudrat mana yang mahu dikerahkan? saudara mana yang boleh diharapkan? bagi mereka tiada. apa yang kita anggap nestapa, bagi mereka kurnia.
waktu saya bersembang dengan pak cik mansor, banyak yang diberitahu. apa yang menyentuh jiwa saya ialah p c mansor ni anak yatim piatu, tapi masih punya adik dan kakak (kalau tak silap).yang pasti, dia masih ada saudara sedarah daging yang masih bernafas di bumi yang sama. saya quote balik kata kata p c mansor "pak cik nak balik buat apa, dik. kakak, adik semuo tak suka.." sayu butiran kata itu ditabur. hatinya pasti luka parah. entahlah, masih terlalu awal untuk saya selami lagi. terus saya teringat adik adik. semoga kasih sayang kakak untuk korang cukup dan tak pernah kurang. kakak tak mau kene dumb kat pusat kebajikan macam tu. nauzubillah.
petang tu jugak, selepas saje majlis berbuka puasa, ada khabar duka buat Kak Syud, (HOD saya). datuk yang tersayang baru saja menyahut seruan Ilahi. Innalillahiwainnailahirojiun. Dari Dia kita datang, kepada Dia jualah kita kembali. sabarlah Kak Syud, Allah lebih berkuasa atas segala-galanya. saya tahu, perasaan Kak Syud mesti remuk sebab waktu Kak Syud dapat tahu, akak berada di tengah tengah mereka yang segolongan dengan arwah kan. redhalah kak, kematian tu kan suatu ketentuan, dah pun ditetapkan sejak azali. kejapkan hati dan basahkan bibir berdoa untuk arwah. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang soleh. Al-Fatihah.
ooo. ini panjuttt. (:
eh, tb kenapa tiup pelita tu? kan dh padam. haish.
eh, tb kenapa tiup pelita tu? kan dh padam. haish.
hujung paling kiri, pak cik mansor
with faridah, syafiq, abg budin, dengan akak yang saya lupa tny nama (:
EH2, LUPA. CREDIT TO FARIDAH HANIM ABU BAKAR FOR ALL THE PHOTOS