Monday, August 9, 2010

Alhamdulillah, mentari esok masih bersinar, pelangi esok masih indah untuk ku tatap :)

salam semua.



Alhamdulillah, tarikh keramat 9 Ogos datang jua.
Syukur pada Ilahi, pada hari jadi yang ke -18 ini, aku masih dapat merasa ragam dunia yang penuh pancaroba. Siapa tahu, hari jadi yang seterusnya, apakah aku masih merasa nikmat yang sama? Atau merungkai persoalan yang lebih tepat, apakah aku masih ada di dunia ini? Sungguh, ajal dan maut tak dapat aku tebak waktu dan saatnya. Aku serahkan pada Dia Yang Maha Kuasa.

Sejenak aku bersiar-siar dalam kenangan. Mengimbau perjalanan hidup yang ku kira, panjang. Hampir dua dekad setelah aku dilahirkan. Hampir dua dekad jualah mama dan ayah bersusah payah menabur bakti membesarkan aku. Terima kasih, kalianlah cinta hatiku. Aku tdk pernah lupa, sambutan hari jadiku yang pertama. Lucu kalau dikenang-kenag. Tapi sungguh, cukup nostalgik. Waktu itu, aku masih di taska. Sekitar 3 atau 4 tahun. Ptg itu, aku tdk lupa, aku dirias cantik, dgn gown kembang dan gincu merah ! :D Mama tiba di taska lebih awal. Bkn utk menjemputku pulang spt kebiasaan, tp dtg dgn sebijik kek hari jadi. Waktu tu, mama sdg mengandungkan adikku yang pertama. (and i never know the fact that i'm going to be a big sis!) Aku masih ingat sgl perincian ptg itu. Malah, ada gambar dalam album lama di rumah yang merakam kenangan itu. Itulah yang pertama buatku. Sambutan hari jadi yang pertama.

Hari ini, 14 tahun tlh berlalu. Telah banyak air mata yang tumpah. Banyak jua hilai tawa yang bergema. Hidup bukanlah jalan mudah yang kita boleh main redah. Tapi, hidup juga sesuatu yang amat indah. Hidup ini juga misteri. Dan hidup ini penuh warna warni. Tapi yang utama tetap kembali kepada mengabdikan diri pada Sang Pencipta. Sekian.

No comments: